PETALING JAYA – Siapa sangka, pada usia 91 tahun, semangat luar biasa seorang warga emas mencuri perhatian ramai apabila berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer dalam masa hanya 1 jam 46 minit.
Aksi hebat lelaki dikenali sebagai Uncle Ong telah dikongsikan oleh @serembanpage di platform TikTok sehingga meraih ribuan tontonan dan pujian daripada netizen yang kagum dengan ketahanan fizikal dan semangatnya.
Ong Kim Hwa, yang berasal dari Seremban, mencatat pencapaian membanggakan itu di acara PJ Half Marathon 2025 dan kini sudah mula merancang penyertaan untuk acara seterusnya di Kepong.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen terhadap hantaran tersebut.
“Fuhhh memang terbaik stamina dia. Tabik lah pak cik ni. Untuk yang berumur 91, ini bukan perkara yg mudah,” ujar @Renjer soloz.
“Ok baik, petang ni nak sarung kasut,” kata @EiNiAZuHK.
“Saya nak jalan 1km briskwalk pun lelah,” komen @Meow disertai emoji ketawa.- KOSMO ONLINE
@serembanpage Uncle Ong Kim Hwa, umur 91 tahun, berasal dari Seremban berjaya menamatkan larian 10km di acara PJ Half Marathon 2025 dalam masa 1 jam & 46min dan beliau sudah pun bermula membuat perancangan untuk menyertai acara larian yang seterusnya di Kepong. #Tahniah Uncle Ong ‼️ 记者关心地问阿公是否觉得辛苦,阿公连声说“不会”、“很好很好”,声音洪亮有力,脚步稳健不曾停歇,展现91岁高龄过人的体力。 #星洲日报 #sinchew 2025 PJ Half Marathon, the 91 years old, Uncle Ong Kim Hwa from Seremban successfully crossed the finish line in 1 hour & 46 mins in the Men’s 10km category and he’s already looking forward to the next race in Kepong! #Congratulations #PJHALFMARATHON2025 ♬ original sound – serembanpage