fbpx
Anwar berucap pada Majlis Temu Anwar @ MMU dan Perasmian Fakulti Kecerdasan Buatan dan Kejuruteraan (FAIE) Universiti Multimedia (MMU). - Foto FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Kerajaan sedia pertimbang pemberian one-off RM100 kepada pelajar universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CYBERJAYA – Kerajaan akan mempertimbangkan insentif sekali beri (one-off) RM100 kepada pelajar universiti bagi meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Itu respon diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan seorang pelajar Universiti Multimedia (MMU) pada program Temu Anwar di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau menerima baik cadangan itu dan akan memberi pertimbagan sewajarnya pada pembentangan Belanjawan 2026, Oktober depan.

“Saya terima baik cadangan itu dan saya akan beri pertimbangan yang wajar untuk belanjawan (Belanjawan 2026) bulan Oktober ini,” katanya.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan pemberian RM100 secara one-off kepada setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas, melalui MyKad bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN