fbpx
TANGKAP layar klip video tular yang memaparkan pergaduhan tiga individu di tepi Jalan Jasin-Bemban di Jasin, Melaka, semalam.

Dua lelaki bergaduh tengah jalan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian pergaduhan menggunakan senjata di tepi jalan Jasin-Bemban di Jasin dekat sini, semalam.

Penahanan ke atas suspek berusia 20 dan 21 tahun itu dibuat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin di lokasi kira-kira pukul 9.30 pagi hari sama.

Menurut sumber, siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku pada waktu puncak ketika orang ramai mahu ke tempat kerja.

“Sebelum kejadian terdapat tiga buah kenderaan terbabit dalam kemalangan iaitu Volkswagon Passat, Mitsubishi Triton dan Toyota Vios. Lepas bergaduh, lima suspek melarikan diri dengan menaiki Proton Exora berwarna perak,” katanya.

Tambahnya, nombor pendaftaran kenderaan itu bagaimanapun gagal dikenal pasti, manakala Mitsubishi Triton yang ditinggalkan di lokasi dibawa ke IPD Jasin untuk tindakan susulan.

“Suspek berusia 20 tahun mempunyai empat rekod jenayah. Polis merampas Volkswagon Passat yang rosak pada bahagian depan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN