KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya menarik nafas lega selepas saiĀngan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda ke Jun dengan format secara karnival.
Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengesahkan aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang sepatutnya dilangsungkan Mac depan ditunda ekoran pandemik Covid-19.
Berdasarkan laporan tersebut, kesemua wakil Kumpulan G termasuk Malaysia bersetuju dengan cadangan untuk menamatkan baki perlawanan secara karnival dengan status tuan rumah akan diumumkan kemudian.
Kata Cheng Hoe, keputusan itu sememangnya memberi keĀlegaan buatnya memandangkan barisan pemain Harimau Malaya ketika ini masih lagi bergelut deĀngan kecergasan memandangkan sesi latihan intensif Liga Malaysia (Liga M) baru sahaja bersambung.
āSeperti yang saya kata sebelum ini, kami memang mengharapkan agar saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda memandangkan pasukan masih belum berada dalam persiapan terbaik untuk bersaing secara kompetitif.
āJusteru, keputusan AFC itu sememangnya memberi keĀlegaan buat saya kerana selepas ini kami boleh melakukan persiapan rapi untuk mengharungi tiga perlawanan penting pada Jun depan,ā katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Mengulas lanjut, Cheng Hoe turut mengesahkan bahawa kem latihan pusat skuad Harimau Malaya akan tetap dilakukan pada Mac depan seiring dengan kalendar aksi antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
āPemain sudah lebih setahun tidak dikumpulkan bersama dan perancangan untuk mengadakan kem latihan pusat pada Mac akan diteruskan.
āMeskipun saingan Liga M baru bermula (5 Mac), saya rasa pasukan tidak akan mempunyai masalah untuk melepaskan pemain kerana tarikh yang kita akan panggil itu termaktub dalam kalendar FIFA,ā kata Cheng Hoe.
Skuad negara ketika ini menduduki tangga kedua Kumpulan G yang turut dihuni oleh negara Vietnam, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Thailand dan Indonesia selepas mengutip sembilan mata daripada lima perlawanan.
















