fbpx
DUA pelajar lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani ada tuduhan mencederakan rakan sekolah, bulan lalu. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

2 pelajar lelaki mengaku cederakan rakan di dewan sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Dua pelajar lelaki tingkatan tiga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan pelajar berusia 16 tahun di dewan sebuah sekolah menengah di sini, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret, Mohamad Azlan Basri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang pelajar lelaki di dewan sebuah sekolah menengah di sini kira-kira pukul 12.15 tengah hari, 21 Julai lalu.

Pendakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Md Nor sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Farah Azlinda Zahari.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh dan memerintahkan mereka tidak mengganggu mangsa.

Kes akan disebut semula pada 28 Oktober depan untuk mendapatkan status laporan akhlak kedua-dua tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Kosmo! Online pada 21 Julai lalu melaporkan seorang pelajar lelaki cedera dipukul rakan dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di sini.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di mata sebelah kiri, sakit pada kepala dan muntah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI