fbpx
Ahmad Zahid ketika di Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Mohd Yunus

Lawatan Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh pemangkin kerjasama strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lawatan rasmi Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh ke Malaysia mencerminkan hubungan erat dua negara sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1972.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lawatan itu menjadi pemangkin kepada kerjasama strategik dalam perdagangan, pelaburan, pendidikan, pertahanan serta pembangunan tenaga kerja mahir.

“Pagi tadi, saya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri Istiadat Sambutan Rasmi sempena Lawatan Rasmi Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh, Tuan Yang Terutama Profesor Dr. Muhammad Yunus, di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya.

“Tahun 2024 menyaksikan jumlah dagangan dua hala mencecah RM13.35 bilion, meningkat 5.1 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata, itu merupakan bukti potensi besar yang akan terus diperkukuh demi kepentingan bersama.

“Insya-Allah, hubungan ini akan terus membuka ruang kerjasama yang lebih luas dan memacu manfaat ekonomi serta sosial untuk kedua-dua negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI