fbpx
Muhammad Syahmi hadir ditemani kira-kira 15 sanak saudara ketika sesi pendaftaran di IPG Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam, hari ini. Foto DANIAL SAAD/KOSMO!

[VIDEO] Terima kasih semua – Muhammad Syahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Muhammad Syahmi Azril Saidijamal, 18, remaja yang berdepan masalah kewangan untuk menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam di sini nekad membahagiakan keluarganya dengan belajar bersungguh-sungguh.

Menurut anak sulung dari tiga beradik itu, perasaannya sedih tatkala mengenangkan kembali kepayahan kedua ibu bapanya yang sanggup berkorban tenaga, wang dan kesihatan demi melihat kejayaan anak mereka.

“Ibu dan ayah banyak memberi sokongan kepada saya untuk terus mencapai cita-cita sebagai guru. Saya janji akan beri kebahagiaan buat mereka (keluarga), menjadi guru yang berbakti kerana ini merupakan cita-cita saya sejak dari tingkatan satu lagi.

“Saya nak balas jasa mereka dengan belajar bersungguh-sungguh. Saya nampak keperitan ibu bapa, sedih bila diingatkan semula,” katanya sebak ketika ditemui pemberita selepas selesai sesi pendaftaran di IPG Kampus Tuanku Bainun di Bukit Mertajam, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Syahmi yang tiba di sini pada pukul 7.25 pagi tadi turut ditemani kira-kira 15 sanak saudara termasuk datuk dan neneknya.

Muhammad Syahmi memberitahu, dia tidak dapat tidur nyenyak pada malam tadi kerana memikirkan perjalanan yang jauh dan pertama kali berjauhan dengan keluarga.

“Saya tidur pukul 12 malam tadi dan memang tak dapat tidur nyenyak kerana banyak perkara yang difikirkan selain berasa teruja melangkah kaki ke sini (IPG).

“Saya memang tak pernah berjauhan dengan ibu dan bapa. Semestinya saya berasa sedih. Tapi, demi cita-cita, saya nekad mengubah nasib keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Muhamad Syahmi turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menghulurkan bantuan terutama akhbar Kosmo! yang melaporkan kisah kehidupannya.

“Terima kasih juga kepada YB Fadhlina Sidek, guru-guru sekolah, rakan serta Kelab Anak-anak Sik atas keprihatin serta bantuan yang dihulurkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI