fbpx
R.Puvarasan diburu polis berhubung kes langgar lari. FOTO IHSAN POLIS

Polis buru R. Puvarasan kes langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Polis giat memburu seorang lelaki disyaki melanggar remaja berusia 18 tahun hingga maut dalam kejadian di Jalan Temiang berhampiran Simpang Bukit Jong di sini minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, setakat ini usaha mengesan R. Puvarasan, 28, sedang dilakukan.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim Che Faizal, yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja dirempuh kereta Mercedes-Benz yang dipandu seorang lelaki.

Pemeriksaan ke atas kereta yang ditinggalkan menemui beberapa peralatan antaranya tukul besi, sarung tangan, kain dan pemotong disyaki digunakan untuk aktiviti pecah rumah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor G Sankar di talian 014-6000353 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI