fbpx
GYOKERES

EPL: Gyokeres jadikan Arsenal makin sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui pasukannya sudah sempurna dengan barisan pemain sedia menggempur kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada aksi persahabatan semalam.

Pada perlawanan di Stadium Emirates itu, The Gunners berjaya meraih gol hasil penyudah menarik daripada Viktor Gyokeres, Bukayo Saka dan Kai Havertz.

Menurut Arteta, pasukannya kini memiliki barisan pemain yang mempunyai kualiti berbeza di setiap posisi dan diharap mampu untuk membantu pasukan mencabar pada saingan musim baharu nanti.

“Di setiap posisi sekarang, kami ada kualiti yang berbeza dengan ramai pemain mampu beraksi secara versatil untuk memberi ancaman kepada pasukan lawan.

GYOKERES meraikan gol pertamanya selepas menanduk masuk hantaran cantik Zubimendi menewaskan Athletic semalam.

“Bukan mudah untuk mengekalkan momentum tetapi saya harap pasukan ini dapat berjuang secara konsisten. Kami tidak mengharungi aksi pramusim dengan sempurna tetapi sudah sedia untuk mulakan kempen EPL pada Ahad ini,” katanya.

Sementara itu, Arteta memuji prestasi Gyokeres dan jeneral tengah baharunya, Martin Zubimendi yang mula menunjukkan keserasian selepas menyertai pasukan pada jendela perpindahan kali ini.

“Gol Gyokeres cukup menarik dan hantaran Zubimendi juga sangat berkualiti. Cukup penting buat Gyokeres meledak gol pertama buat pasukan, manakala Zubimendi pula membuktikan dia mampu menjadi jeneral tengah pasukan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI