PETALING JAYA – Sedekah bukanlah keutamaan pertama apabila seseorang menerima rezeki, sebaliknya ia berada di kedudukan kelima selepas keperluan diri dan tanggungan diselesaikan.
Perkara itu dijelaskan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu video ceramah yang dimuat naik di akaun TikTok rasminya baru-baru ini.
“Nombor satu, bila kita dapat duit, kita sendiri kena makan, minum, kita dulu,” katanya.
Menurutnya, selepas menampung keperluan asas diri, seseorang itu wajib mengutamakan keluarga di bawah tanggungannya seperti isteri dan anak-anak.
“Kemudian keluarga kita, anak bini kita, yang di bawah tanggungan kita.
“Kemudian, melebar sikit ibu bapa kita atau adik-beradik yang perlu. Apa yang kita ditaklifkan. Zakat ke, haji ke itu kena buat juga,” jelasnya.
Jelas beliau, tindakan memberi sedekah secara semberono tanpa memikirkan kelangsungan hidup sendiri boleh mendatangkan kesusahan pada masa depan.
“Kalau dapat duit terus sedekah, lepas tu sendiri minta sedekah, itu tak bijak. Tak kena cara macam tu” katanya.- KOSMO! ONLINE














