fbpx
Keadaan mangsa yang cedera selepas disamun sekumpulan individu bersenjatakan parang di sebuah rumah di Jalan Bukit Gasing, hari ini.

Samun saksi kes rasuah: Barangan bernilai RM300,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Barangan bernilai sekurang-kurangnya RM300,000 lesap selepas sekumpulan lelaki bersenjata parang menceroboh kediaman seorang ahli perniagaan di sebuah rumah di Jalan Bukit Gasing, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan perkara itu dan memaklumkan siasatan kini sedang dijalankan.

“Pasukan siasatan sedang menganalisis rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa dan kawasan sekitar bagi mengenal pasti suspek terlibat.

“Kami dimaklumkan barangan yang dilarikan dianggarkan tidak kurang daripada RM300,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, mangsa tersebut merupakan saksi utama dalam perbicaraan rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, polis memaklumkan bahawa kejadian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan sebarang kes mahkamah.

Bagaimanapun, semalam, peguam kepada mangsa tampil menolak dakwaan polis bahawa kejadian itu merupakan kes samun semata-mata.

Datuk RT Rajasekaran berkata, anak guamnya bukan sekadar disamun, tetapi turut diugut untuk ‘tutup mulut’ dan tidak menjadi ‘wira’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN