fbpx
SEMPURNA serba serbi, cantik, kaya dan popular, empat wanita penawan hati dunia ini selesa menjalani kehidupan solo tanpa pasangan.

Empat supermodel sensasi selesa membujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELITA, popular dan kaya, namun masih belum bertemu jodoh. Kedengaran seperti pelik, namun itulah realitinya.

Gala minggu ini menyenaraikan empat supermodel terkenal dunia dan tempatan yang memilih untuk kekal hidup bujang tanpa ikatan perkahwinan. Ada yang pernah bertunang, ada juga percintaan terkandas di tengah jalan.

Irina Shayk

Pernah berpacaran selama lima tahun dengan Cristiano Ronaldo, namun Irina pilih untuk berpisah gara-gara pemain bola sepak terkenal itu didakwa berlaku curang.

Tidak lama kemudian, supermodel kelahiran Russia itu dilihat berpacaran dengan pelakon terkenal Hollywood, Bradley Cooper.

Selepas beberapa bulan berkenalan, Irina hamil anak pertama bersama Bradley dan melakukan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret ketika berbadan dua.

Pasangan sama cantik sama padan itu kelihatan bahagia bersama keluarga kecil mereka sehinggalah penyanyi Lady Gaga dikatakan menjadi punca keretakan hubungan gara-gara keintiman yang dipaparkan sejak bergandingan dalam filem A Star Is Born.
Kini Bradley hangat bercinta dengan seorang lagi supermodel yang jauh lebih muda daripadanya iaitu Gigi Hadid. Irina pula didakwa menjalin
hubungan dengan bekas suami supermodel, Gisele Bundchen iaitu pemain bola sepak Amerika, Tom Brady.

Naomi Campbell

Siapa yang tidak kenal dengan supermodel berkulit hitam kelahiran England ini. Terkenal dengan aksinya di pentas peragaan, Naomi pernah beberapa kali bercinta dengan hartawan dan selebriti.

Dia pernah digosipkan bercinta dengan mendiang ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dan juga Leonardo DiCaprio. Kekasih Naomi juga pernah dirampas protegenya sendiri dalam program realiti pencarian model The Face. Kini Naomi bahagia bersama dua anaknya yang dilahirkan menggunakan khidmat ibu tumpang.

Tyra Banks

Selain Naomi, Tyra Banks juga merupakan antara supermodel berkulit hitam berpengaruh di dunia. Siapa yang tidak kenal dengan Banks yang merupakan pengasas dan penerbit program realiti America’s Next Top Model ini.

Biarpun memiliki rupa paras menawan dan tubuh mengiurkan sehingga menjadi igauan lelaki, namun Banks sering malang dalam percintaan.
Beberapa kali cintanya terputus di tengah jalan. Pada 2010 dia menjalin hubungan cinta dengan jejaka dari Norway dan dikurniakan seorang cahaya mata yang dilahirkan menerusi kaedah ibu tumpang pada 2016.Pasangan itu akhirnya berpisah jua, tetapi Banks kini telah menemui pengganti, namun mereka masih belum berkahwin.

Nasha Aziz

Supermodel terkenal tanah air ini masih bujang meski usianya sudah menginjak 54 tahun. Pernah bercinta dengan aktor popular Faizal Hussein selama sedekad satu ketika dahulu, namun hubungan mereka terkandas di tengah jalan.

Nasha kemudian pernah bertunang dengan jurukamera tetapi ikatan itu juga terlerai sebelum kedua-duanya sempat naik pelamin. Pernah juga dia digosipkan bercinta dengan lelaki muda warga asing, namun tiada kepastian sejauh mana hubungan itu.

Masih jelita dan bergetah di usia 50-an, ramai ternanti-nanti pelakon yang popular dengan filem Laila Isabella itu mengakhiri zaman bujang satu hari nanti.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI