fbpx
Ab. Rauf Yusoh melihat replika bangunan loji bernilai RM30 juta selepas merasmikan Loji Pelupusan Sisa Klinikal Medivest Sdn. Bhd. di Bukit Rambai, Melaka. -Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

Loji baharu berupaya lupus 20 tan metrik sisa klinikal sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Loji pelupusan sisal klinikal baharu berteknologi terkini milik Medivest bernilai RM30 juta di Bukit Rambai mampu mengurus peningkatan sisa tersebut yang dijangka meningkat sebanyak 40 peratus menjelang 2030.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, loji yang dibina pada tahun 2020 itu berkeupayaan melupuskan sehingga 20 tan metrik sisa klinikal sehari bersamaan 6,200 tan metrik setahun.

Menurutnya, loji berkenaan akan menjadi tonggak utama dalam memenuhi permintaan jangka panjang berikutan peningkatan mendadak sisa klinikal di negeri ini susulan pertambahan fasiliti kesihatan swasta dan awam.

Beliau berkata, loji baharu itu akan memperkukuh kedudukan Melaka sebagai Hab Pengurusan Sisa Klinikal Wilayah Selatan sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan pelancong kesihatan.

“Berdasarkan data semasa setakat 31 lalu sebanyak 3.3 tan metrik sisa klinikal direkodkan berbanding tiga tan bagi tempoh yang sama pada tahun 2024.

“Peningkatan angka ini jelas memberi isyarat bahawa kapasiti dan kecekapan kemudahan pelupusan sisa klinikal perlu sentiasa ditingkatkan dan ditambah baik sejajar dengan pertumbuhan sistem kesihatan negara yang kian pesat.

“Kerajaan negeri menyokong penuh usaha Medivest membina loji pelupusan baharu ini bagi memacu pengurusan sisa secara lebih sistematik, bersepadu dan mampan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Loji Pelupusan Sisa Klinikal Medivest Sdn. Bhd. di Bukit Rambai di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN