fbpx
Si ibu mertua meminta menantunya mati ketika dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak. - Instagram 

Mertua mulut ‘puaka’, minta menantu mati semasa bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita menerima kecaman orang ramai kerana melontarkan kata-kata kesat ketika menantunya sedang bersalin di sebuah hospital di wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman video kejadian di platform Instagram oleh akaun @makassar_iinfo menunjukkan seorang wanita menjerit kesakitan semasa hendak melahirkan anak. 

Selepas mengadu tentang kesakitan yang dialami, dia bagaimanapun ditengking dan dihina oleh seorang wanita lain, dipercayai ibu mertuanya. 

“Awak fikir awak sahaja yang penat? Kami juga penat menunggu tiga, empat malam. Biarkan kamu sahaja yang mati, tetapi lahirkan anak itu dulu! Suami kamu juga penat!” kata wanita itu.  

Dua bidan yang bertugas segera menenangkan pesakit dan menegur ibu mertua terbabit.. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Bawa dia keluar! Mulut dia patut disapu cili,” kata seorang netizen. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI