fbpx
LIVERPOOL meletakkan sasaran untuk menawan pentas Eropah dengan membawa pulang trofi UCL pada saingan musim baharu nanti. - AFP

EPL: Liverpool pasang sasaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Cerita sensasi Liverpool di bawah era Arne Slot akan jadi lebih sempurna sekiranya mampu memenangi Liga Juara-Juara Eropah musim 2025/26.

Keazaman itu dizahirkan sendiri oleh bintang utama The Reds, Cody Gakpo yang menganggap semua pemain mengidamkan kejayaan sama selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu.

“Kami berasa sedikit kecewa kerana tersingkir daripada Liga Juara-Juara. Bagi kelab seperti Liverpool, kami perlu sasarkan sesuatu yang lebih tinggi di Liga Juara-Juara dan itulah yang kami akan perjuangkan musim depan,” katanya.

Dalam saingan musim lalu, Liverpool mengungguli carta pusingan awal, namun perjuangannya sekadar ternoktah di pusingan 16 apabila tewas kepada Paris Saint-Germain yang bergelar juara.

Untuk rekod, Gakpo sudah pun memainkan peranan besar kepada The Reds, meledak 18 gol dan mencipta enam bantuan jaringan di semua pertandingan sekali gus melengkapkan debut cemerlang Slot di Liga Perdana Inggeris.

“Untuk kekal bersama pasukan memberikan tenaga tambahan dan keinginan untuk berikan sesuatu kepada peminat kami. Di beberapa posisi, kami masih lagi mentah dan berharap kami mampu kekal bersama dalam tempoh yang agak lama serta mencapai sesuatu yang cukup istimewa.

“Saya harap dapat terus kekal dengan pasukan dengan lebih lama. Bagi semua orang, apabila kita rasa seperti berada di rumah sendiri, mereka akan disayangi ramai orang khususnya di kalangan peminat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN