fbpx
Mi dan cendawan direndam di dalam baldi yang berisi air lelehan penyaman udara. - Sing Tao Daily

Restoran rendam mi guna air ‘aircond’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah restoran di wilayah Jiangsu, China menerima kecaman ramai apabila dirakam menggunakan air lelehan penyaman udara untuk merendam cendawan dan mi, lapor portal berita Must Share News semalam. 

Restoran tersebut hanya beroperasi menerusi platform penghantaran makanan tanpa khidmat makan di premis.

Situasi itu terbongkar selepas satu klip video tular menunjukkan paip plastik menyalurkan air dari penyaman udara ke dalam baldi berisi bahan masakan. 

Siasatan pihak berkuasa mendapati, restoran tersebut pada awalnya merendam bahan masakan menggunakan air paip, namun ditukar kepada air lelehan penyaman udara. 

Masih belum jelas berapa lama amalan itu dibuat. 

Susulan penemuan itu, pihak berkuasa menyita semua bahan untuk ujian dan mengarahkan restoran tersebut ditutup serta dikeluarkan daripada aplikasi penghantaran. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN