fbpx
ABU BAKAR

Masalah pengurusan, kewangan punca Tasoh Lake Resort ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Masalah pengurusan dan kewangan syarikat dikenal pasti sebagai punca penutupan Tasoh Lake Resort di Tasik Timah Tasoh, dekat sini sejak Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, pusat pelancongan itu adalah milik persendirian, manakala kerajaan negeri hanya memberi sokongan promosi selaras penganjuran Tahun Melawat Perlis 2024–2025.

“Premis ini ditutup sejak Mac lalu dan syarikat terbabit turut gagal membuat bayaran cukai kepada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian selepas penutupan.

“Semakan mendapati status hak milik resort itu tertakluk di bawah Sistem Torrens yang memberikan hak mutlak kepada pemilik berdaftar mengikut Kanun Tanah Negara 1965,” katanya ketika menjawab soalan lisan Haziq Asyraf Dun (PN-Beseri) pada Mesyuarat Kedua, Penggal Persidangan Ke-3 Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI