fbpx
Orang ramai melarikan diri ketika Ek melepaskan tembakan di Festival Kam Lon pada Selasa lalu. - Nujaree Rakrun

2 maut, 7 cedera ditembak di selatan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh, manakala tujuh lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di sebuah festival di selatan Thailand, lapor portal berita Bangkok Post semalam. 

Kejadian berlaku semasa Festival Kam Lon ke-3 di wilayah Nakhon Si Thammarat, Selasa lalu. 

Beberapa saksi berkata, suspek dikenali sebagai Ek, 41, terlibat dalam pergaduhan sebelum melepaskan tembakan membabi buta. 

“Ketika orang ramai cuma menghentikan pertelingkahan itu, Ek tiba-tiba melepaskan tembakan secara rambang,” kata saksi. 

Rakaman video kejadian di media sosial menunjukkan Ek melepaskan 10 das tembakan di festival tersebut.

Polis berkata, seorang penganjur maut selepas ditembak di kerongkong ketika cuba meleraikan pergaduhan itu. 

“Ek baru sahaja keluar dari penjara atas kesalahan senjata api dan dadah. 

“Suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas. Dia mengalami kecederaan dan  sedang dirawat,” kata polis. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI