fbpx
ABU HASSAN menunjukkan tanaman kelapa yang diusahakan di Bentong.

‘Mula-mula susah, sekarang saya dapat RM13,000 sebulan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Dengan menanam 500 pokok kelapa jenis Sungai Gulang-Gulang (SGG), seorang usahawan dari Kampung Lebu di sini meraih pendapatan bulanan sehingga RM13,000 dengan menjual kelapa dan produk berasaskan kelapa segar termasuk ‘coconut shake’.

Abu Hassan Abdulah, 48, yang juga ahli Persatuan Usahawan Kelapa Malaysia berkata, dia mula menanam kelapa sejak 2018 selepas melihat potensi tanaman tersebut yang kurang diberikan perhatian berbanding sawit.

“Pada awalnya memang susah, benih mahal, pagar pun perlu dibina, tetapi selepas tiga tahun tanaman itu mula berbuah dan saya nekad menjual sendiri tanpa guna orang tengah.

“Sekarang saya menjual le­bih 7,800 biji kelapa seminggu, hasilnya memang lumayan,” katanya ketika ditemui di Restoran Lepak King di sini semalam.

Selain kelapa segar berharga RM2.50 sebiji, Abu Hassan turut menghasilkan pelbagai produk lain seperti ‘coconut shake’, jeli, air kelapa dan santan.

Katanya, kelapa tua turut dijual kepada pasar dan peniaga kecil untuk diproses menjadi santan, manakala benihnya dijual kepada individu yang mahu memulakan penanaman.

“Permintaan kelapa sangat tinggi terutama pada cuti umum. Kalau saya bawa 500 biji kelapa ke pasar, sekejap sahaja laku. Itu belum musim perayaan lagi,” katanya.

Abu Hassan turut berkongsi teknik unik yang dipelajarinya iaitu menanam kelapa pandan bersama kelapa SGG bagi menghasilkan air yang beraroma wa­ngi secara semula jadi.

Jelasnya, kelapa SGG sesuai ditanam untuk jualan kerana saiz buahnya besar, isinya banyak dan airnya pula manis selain sesuai dijadikan bahan asas ‘coconut shake’.

Lelaki itu menekankan kepentingan penggunaan garam kasar yang ditabur atas pucuk sebagai baja semula jadi yang wajib ditabur setiap tiga bulan bagi menghalau serangan kumbang.

Abu Hassan menambah, dia bersedia menjadi pembekal kelapa kepada pengusaha ‘coconut shake’ dan membantu mana-mana individu yang berminat dalam aktiviti menanam kelapa terma­suklah menjual benih dan berkongsi ilmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN