fbpx

24 etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat 24 etnik Rohingya yang dikhuatiri lemas di perairan Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai daripada etnik Rohingya dikhuatiri lemas di perairan barat Pulau Langkawi kira-kira pukul 8 malam semalam.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi telah menggerakkan sebuah aset Bot Pelindung 2 ke lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada polis kira-kira pukul 10.30 malam.

“Berdasarkan maklumat pihak polis, dipercayai pengadu yang juga salah seorang PATI telah terjun dari sebuah bot bersama 24 yang dan hanya pengadu yang terselamat berenang ke daratan.

“Pengadu yang bernama Nor Hossain berumur 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, operasi mencari dan menyelamat pada hari ini diteruskan dengan melibatkan dua buah aset laut dan sebuah aset udara milik Maritim Malaysia (APMM).

“Aset terdiri daripada kapal KM Gagah, bot Pelindung 2 dan pesawat AW 139 yang merangkumi sektor carian seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Pulau Langkawi,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya telah menyalurkan maklumat kejadian kepada agensi penyelamat yang lain dan komuniti nelayan setempat.

“Pihak berkuasa Thailand juga akan dimaklumkan melalui MRCC Putrajaya bagi membantu pencarian mangsa,” katanya.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI