fbpx
SEORANG anggota pemburu hantu dilemparkan dengan batu. - Foto Tony Ferguson

Hantu lempar batu pada penyiasat paranormal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sekumpulan pemburu hantu mendakwa bahawa mereka mendengar suara kanak-kanak yang menyeramkan dan turut dilempar dengan batu di sebuah jambatan di Britain, lapor laman berita Daily Star hari ini.

Penyiasat paranormal, Tony Ferguson dan Mark Ponting daripada saluran YouTube ‘Haunted The Truth’ merakam penemuan mereka di atas jambatan di Sungai Frome, Bristol. 

Dalam video itu, mereka keluar bersama kumpulan pemburu hantu ke tempat yang digelar sebagai salah satu daripada 20 lokasi paling berhantu di Britain.

Mereka memasang kamera di jambatan itu selepas pukul 1 pagi (waktu tempatan). 

“Kami memasang kamera di jambatan dan serta-merta kami mendengar suara kanak-kanak,” kata Tony.

Tony kemudian memberitahu bahawa dia dan Mark mendengar bunyi tapak kaki meluru ke arah mereka dan berjaya merakam bunyi itu menggunakan kamera. 

Namun setelah disiasat, mereka tidak menemui sesiapa.

“Semasa Mark berjalan kembali ke jambatan, kedengaran batu dilempar dengan kuat di sebelah Bev (pemburu hantu lain) yang berada di penghujung rakaman jambatan,” kata Tony. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI