fbpx
Penduduk Palestin di kem pelarian Nuseirat mengangkut bekalan bantuan yang diterima dari pusat pengagihan bantuan di tengah Gaza semalam. - AFP

Israel umum ‘jeda kemanusiaan’ di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Israel mengumumkan pelaksanaan jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza bermula awal hari ini hingga malam, lapor agensi berita Anadolu.

Tindakan tersebut dilakukan ketika tekanan antarabangsa meningkat ke atas Israel bagi menghentikan segera serangan kejam ke atas Gaza ketika konflik kelaparan semakin buruk di wilayah Palestin itu.

“Israel mengumumkan jeda kemanusiaan dari pukul 10 pagi (waktu tempatan), Ahad hingga malam di beberapa pusat kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza,” lapor saluran berita Channel 12.

Penyiar itu memetik seorang pegawai kanan yang tidak dinamakan yang berkata, mesyuarat telah diadakan antara Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan Israel Katz, Menteri Luar Gideon Sa’ar dan pegawai keselamatan tertinggi.

Ia bagaimanapun tidak menjelaskan tempoh masa ‘penghentian serangan’ itu akan dilakukan.

Namun, tentera Israel turut mengumumkan hasratnya untuk membuka koridor kemanusiaan bagi memudahkan konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan organisasi bantuan.

Akhbar Israel, Haaretz melaporkan, tentera Rejim Zionis mengumumkan bahawa bermula hari ini, jeda kemanusiaan akan berlaku di Gaza selama 10 jam setiap hari sehingga tarikh diberitahu kelak.

Katanya, ia akan berkuat kuasa di kawasan di mana tentera tidak beroperasi, khususnya di Mawasi, Deir al-Balah, dan Bandar Gaza. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI