fbpx
Trump bermain golf di Padang Golf Trump Turnberry, Scotland semalam. - AFP

Trump beri kata dua kepada Thailand, Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

EDINBURGH, SCOTLAND – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa beliau bercakap dengan pemimpin Kemboja dan Thailand dalam usaha untuk menamatkan konflik sempadan yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 33 orang, lapor laman berita Thai PBS.

“Kami secara kebetulan sedang berurusan mengenai isu perdagangan dengan kedua-dua negara. Kami enggan membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana negara jika mereka bertelingkah. Itu apa yang saya beritahu mereka,” tulis Trump pada platform X.

Trump juga menyatakan bahawa beliau tidak akan meneruskan perjanjian perdagangan dengan mana-mana negara sehingga pertempuran dihentikan.

Tambah Trump pada laman Truth Social, beliau baru bercakap dengan Perdana Menteri Kemboja berhubung isu menghentikan perang dengan Thailand.

“Saya baru sahaja bercakap dengan pemangku Perdana Menteri Thailand, dan ia adalah perbualan yang sangat baik,” katanya tidak lama kemudian dalam hantaran baharu.

“Thailand sama seperti Kemboja, mahu mengadakan gencatan senjata serta-merta dan mencapai KEAMANAN,” tambahnya yang kini berada dalam lawatan ke Scotland.

Thailand kemudian berkata lewat semalam bahawa ia bersetuju secara dasar untuk mengadakan gencatan senjata dengan Kemboja dan memulakan dialog dua hala bagi menamatkan pertempuran sengit.

Kenyataan Kementerian Luar turut mengesahkan panggilan telefon antara Trump dan pemangku Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai.

“Bagaimanapun, Thailand ingin melihat niat ikhlas daripada pihak Kemboja,” kata kementerian berkenaan di platform X. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI