fbpx
Timur yang merupakan anak penyanyi Zainal Abidin mendedahkan kehidupannya tidak seindah yang disangka.

‘Sudahlah dipaksa keluar dari rumah, kemudian ibu hidap kanser’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Meskipun dilahirkan sebagai anak kepada penyanyi legenda, Datuk Zainal Abidin, Timur Gabriel mengakui hidupnya tidak seindah yang disangka malah realitinya jauh daripada bayangan mewah dan senang.

Ujar Timur, 30, ramai mengandaikan dia menjalani kehidupan seperti anak-anak selebriti lain, namun kebenarannya, dirinya membesar dalam kepayahan dan tekanan sejak kecil.

“Ramai orang yang tidak begitu mengenali saya sering menyangka saya dibesarkan dalam keluarga kaya, berada dan menjalani hidup yang senang.

“Tapi sebahagian besar hidup saya sebenarnya dihabiskan untuk mencari jalan agar keluarga saya selamat dan bahagia,” katanya menerusi Instagram.

Tambah Timur, hidupnya berubah secara drastik ketika masih kecil, dek beberapa tragedi menyayat hati menimpa keluarganya.

“Saya, ibu dan abang pernah dipaksa keluar dari rumah keluarga. Waktu itu, kami hampir tidak punya apa-apa untuk teruskan hidup.

“Itu pengalaman sangat mengejutkan dan meninggalkan kesan mendalam pada kami,” dedahnya.

Lebih menyayat hati, ibunya terpaksa membesarkan mereka sebagai ibu tunggal, sebelum diuji pula dengan penyakit kanser.

Namun dia menjadi menjadikan kisah perit itu sebagai dorongan untuk mengubah nasib keluarga.

“Segala beban dan tekanan akhirnya menyebabkan ibu disahkan menghidap kanser. Tapi syukur, dia berjaya lawan penyakit itu dan terus hidup.

“Sejak umur 10 tahun, saya dah pasang niat. Saya cakap pada ibu, saya nak belikan rumah untuk dia. Tak perlu risau sewa, tak perlu bergantung pada sesiapa,” luahnya.

Untuk rekod, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.

Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000.

Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN