fbpx
Nie Ching menunjukkan salah satu iklan penipuan dalam talian yang menggunakan gambarnya

Talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan beroperasi 24 jam mulai September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching  memaklumkan, talian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997 akan mula beroperasi 24 jam sehari bermula September depan.

Menurut beliau, langkah itu bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan berkenan penipuan scam yang semakin berleluasa di media sosial serta tidak lagi perlu membuat aduan di balai polis.

“Sebelum ini, talian NSRC ini hanya beroperasi 12 jam sehari sahaja iaitu bermula pukul 8 pagi sampai 8 malam. Sebelum ini, apabila buat aduan melalui talian masih perlu buat laporan polis.

“Kini tidak perlu lagi pergi ke balai kerana 997 ataupun NSRC telah diambil alih Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan longkang konkrit bagi mengatasi masalah banjir kilat di Kampung Melayu Bukit Batu, di sini hari ini.

Menurut Nie Ching, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan sebanyak 46,817 iklan penipuan di media sosial dari awal tahun hingga 15 Julai lalu dengan 80 peratus daripada iklan penipuan itu dikesan di laman sosial Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI