fbpx
JAKRAPOB (kanan) dan Vorarit. - Foto Facebook

Setiausaha PM gaduh dengan aktor isu Thailand-Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang setiausaha kepada pemangku perdana menteri Thailand bertelagah dengan aktor terkenal dari negaranya sendiri dalam wawancara sebuah program televisyen, lapor portal berita Thaiger semalam.

Setiausaha itu, Jakrapob Penkair berbalah dengan Vorarit ‘Nott’ Fuangarome berhubung langkah kerajaan dalam menangani konflik yang semakin meruncing antara Thailand dan Kemboja.

Sebagai setiausaha baharu yang dilantik memegang jawatan itu Khamis lalu, Jakrapob  dijemput untuk temu bual dalam program berita Chae Show yang turut dihoskan oleh seorang lagi aktor terkenal, Kachapa ‘Moddam’ Toncharoen.

Ketegangan tercetus apabila Vorarit mengkritik kerajaan atas apa yang disifatkannya sebagai respons yang lambat dalam isu tersebut.

“Sekarang anda mahu memulakan pergaduhan,” kata Jakrapob.

Vorarit menjawab: “Saya tidak memilih untuk bergaduh. Namun, jika kerajaan benar-benar tidak tahu apa-apa, maka ia tidak berhak untuk terus mentadbir negara.”

“Siapa kata kami tidak tahu apa-apa? Jika kami tidak tahu, kami akan berkata begitu. Jika kami tahu, kami akan memberitahu anda,” kata Jakrapob.

Ramai netizen yang memuji Vorarit kerana berani bertanya soalan itu kerana tentera Thailand kini bertempur dengan Kemboja sejak Khamis lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI