fbpx
RASHFORD akan membuat debutnya menentang Vissel Kobe di Stadium Misaki Park esok. - FC BARCELONA

Barcelona tak jadi batal jelajah Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Gergasi La Liga, Barcelona membuat pusingan ‘U’ apabila mengesahkan aksi pramusim menentang kelab Jepun, Vissel Kobe esok berlangsung seperti dirancang selepas jaminan bayaran lumayan daripada penganjur.

Skuad The Catalans sebelum ini membatalkan perancangan untuk mengadakan siri lelajah pramusim di Asia Timur apabila mendakwa pihak penganjur tidak menepati janji untuk membuat bayaran pendahuluan lebih awal.

Namun, pengurusan kelab dalam satu kenyataan kelmarin mengesahkan kedua-dua pihak mencapai situasi ‘menang-menang’ menyaksikan beberapa perlawanan menentang Vissel Kobe dan dua kelab Korea Selatan diteruskan seperti biasa.

“Pengurusan kelab boleh sahkan sudah mendapat jaminan daripada pihak penganjur dua hari sebelum perlawanan dan beberapa aksi yang sudah dirancang akan berjalan seperti ditetapkan oleh pihak penganjur,” kata kenyataan kelab.

Lebih menarik, pemain antarabangsa England, Marcus Rashford yang baru ditandatangani pada awal minggu ini dijangka membuat penampilan debut pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Misaki Park itu.

Selepas bertemu Vissel Kobe, skuad kendalian Hansi Flick itu akan terbang ke Korea Selatan menentang FC Seoul (31 Julai) dan Daegu FC pada 4 Ogos depan.

Pertembungan menentang FC Seoul dianggap ironi buat Rashford memandangkan kapten kelab itu, Jesse Lingard ialah rakan karibnya dan pernah menjadi rakan sepasukan ketika bersama-sama mewakili Manchester United sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI