fbpx
Keadaan SUV selepas melanggar kereta dan motosikal di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, semalam.

6 cedera, SUV rempuh lima kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Enam individu cedera termasuk empat parah dalam satu kemalangan bersiri membabitkan lima kenderaan di tiga lokasi sekitar Jalan Perak dan Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 dipercayai telah melanggar dua buah kereta dan dua motosikal dalam insiden yang bermula di simpang lampu isyarat Jalan Perak dan berakhir di lebuh raya menghala ke Batu Uban.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan bermula apabila SUV tersebut melanggar bahagian belakang sebuah Perodua Myvi ketika tiba di simpang lampu isyarat Jalan Perak.

“Pemandu SUV (suspek) kemudiannya meneruskan pemanduan dan melanggar dua buah lagi motosikal iaitu Honda Vario dan Honda C100 di lokasi berasingan di Jalan Perak, sebelum melanggar pula bahagian belakang sebuah Honda City di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu,” katanya.

Menurut Abdul Rozak, kesemua mangsa termasuk pemandu SUV berusia 50 tahun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Antara yang cedera parah ialah penunggang dan pembonceng motosikal Honda C100 masing-masing berusia 56 dan 15 tahun, serta penunggang Honda Vario dan pemandu Honda City berumur 29 tahun.

“Sementara itu, pemandu Perodua Myvi, seorang wanita berusia 44 tahun, hanya mengalami cedera ringan,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI