fbpx
BAO TSEN akan memperkuatkan pasukan MPC biarpun kini mewakili St. George Cycling di Australia.

Gabungan TSG, MPC terbaik buat negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Yusof Nasir berharap Sayuti Zahid terus mengemudi pasukan negara ke Sukan SEA Thailand 2025 melibatkan gabungan Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC).

Menurut Yusoff, gabungan dua pasukan profesional itu terbukti berkesan sejak dua edisi lalu dan tidak mahu mengganggu rentak sedia ada yang berjaya mencipta kejayaan buat negara menjelang temasya dwitahunan tersebut hujung tahun ini.

Beliau berharap gabungan dua pasukan profesional itu dapat diteruskan bagi membentuk skuad mantap ke Sukan SEA Thailand 2025 dan juga sebagai persediaan ke temasya 2027 di Malaysia.

“Saya tiada masalah langsung jika Sayuti diberi tanggungjawab. Gabungan MPC dan TSG dah terbukti bagus. Saya pun lebih selesa fokus kepada pelumba sendiri.

“Kita tahu kekuatan pelumba terbaik berada dalam TSG dan MPC. Lebih baik kita kekalkan gabungan ini untuk jangka panjang. Jangan sampai 2027 nanti kita mula dari kosong semula,” katanya.

Yusoff turut mendedahkan beberapa pelumba negara beraksi di luar negara ketika ini termasuk Ren Bao Tsen yang kini bersama pasukan benua Australia, St. George Cycling untuk menyertai Sukan SEA.

“Tahun ini, pasukan kebangsaan ada menyenaraikan seorang wakil (senarai panjang) iaitu Ren Bao Tsen dan semua tahu dia dulu dalam skuad Malaysia sebelum ke pasukan benua Australia, St George Cycling.

“Dia ada mesej saya tanya pandangan. Saya kata tak ada masalah untuk isu ini kerana siapa pun yang jaga, dia akan beri yang terbaik buat negara,” jelasnya.

Setakat ini, seramai sembilan nama sudah disenaraikan bagi mewakili negara dalam acara lebuh raya, membabitkan empat dari TSG, empat MPC dan seorang pelumba kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI