fbpx
BINTANG baharu United, Bryan Mbeumo menjalani latihan bersama pasukan dalam kempen pramusim di AS ketika ini. - MAN. UNITED

Man. United caj harga kerusi RM22,801

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United sedang membuat pertimbangan untuk memperkenalkan sistem Lesen Kerusi Peribadi (PSL) yang perlu dibayar peminat bagi menempah tempat duduk sebaik sahaja stadium baharu siap dibina.

Bagaimanapun, ia mengundang kontroversi memandangkan harganya dikatakan mencecah £4,000 (RM22,801) bagi mendapatkan PSL dan mereka juga perlu membayar harga berasingan untuk membeli tiket semusim.

Sistem seperti itu sudah lama dipraktikkan di Amerika Syarikat (AS) bagi membantu pasukan mendapatkan semula dana hasil pembinaan stadium, namun ia adalah satu perkara baharu dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Difahamkan, individu yang merupakan pemegang PSL mendapat keistimewaan menjadi orang pertama ditawarkan tempat duduk bagi tempoh 30 tahun, namun mereka juga berdepan kemungkinan hilang lesen berkenaan jika gagal membeli tiket semusim.

Cadangan itu bagaimanapun masih di peringkat awal memandangkan ia merupakan salah satu aspek diutarakan pihak konsultan kepada kelab tetapi belum apa-apa lagi sudah mendapat tentangan hebat daripada para peminat.

“Berita mengenai lesen kerusi ini sangat membimbangkan. Memang benar ia satu perkara besar di AS tetapi kenapa kami perlu mendapatkan lesen itu sekiranya masih membayar tiket semusim,” kata seorang penyokong United.

Pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe pada Mac lalu mengumumkan pasukan itu akan membina stadium baharu berhampiran Old Trafford dengan kapasiti 100,000 tempat duduk yang menelan belanja hampir £2 bilion (RM11.4 bilion).

Projek pembinaan stadium itu dikatakan bakal menyuntik £7.3 bilion (RM41.57 bilion) setiap tahun kepada ekonomi United Kingdom selain mencipta 92,000 peluang pekerjaan baharu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI