fbpx
Hantaran yang dimuat naik Fahmi di akaun Facebooknya, pagi tadi.

PM umum penghargaan buat rakyat pukul 10.30 pagi esok – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual membuat satu pengumuman khas sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia pada esok.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di akaun rasmi Facebook berkata, pengumuman itu akan dibuat pada pukul 10.30 pagi.

“Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai. Nantikan,” tulis beliau ringkas.

Semalam, Anwar memaklumkan pengumuman berkaitan penghargaan luar biasa rakyat akan dibuatnya pada hari ini atau esok.

Anwar berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk membuat penelitian susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan kelmarin.

Minggu lalu dalam hantaran di laman sosial, Anwar memberitahu satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia akan dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun ia masih menjadi tanda tanya kerana tiada penjelasan secara terperinci mengenai pengumuman tersebut, namun hantaran ringkas itu turut meletakkan tanda pagar ‘Malaysia Madani’ dan ‘Bersama Malaysiaku’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI