fbpx
MOHD. NURIL menunjukkan buah golden melon di kebunnya di Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerang, Pontian baru-baru ini.

Berhenti kerja tanam melon demi ibu pekak, bisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Seorang bekas pegawai kualiti sebuah kilang di Pekan Nenas, di sini sanggup meninggalkan kerjaya makan gaji dan suasana pendingin hawa semata-mata untuk berkecimpung dalam bidang pertanian.

Keputusan yang dibuat Mohd. Nuril Azim Ahmad Bahrom, 29, nyata berhasil apabila kini dia memiliki kebun buah golden melon.

Menurut pemegang ijazah pengurusan ladang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM ) Jasin, Melaka itu, dia memulakan kerjaya sebagai petani muda bermula 2020.

“Saya berhenti kerja makan gaji pada 2020 dan ambil keputusan mengusahakan kebun kelapa sawit milik keluarga.

“Bapa saya, Ahmad Bahrom Jamari, 61, dan ibu, Suraya Rahmat, 53, merupakan golo­ngan orang kurang upaya (OKU) iaitu pekak dan bisu, bila fikir pada masa sama saya boleh jaga mereka,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Sulaiman, Telok Kerangan, di sini baru-baru ini.

Katanya, bermula dari situ, dia mengikuti kursus penanaman golden melon daripada seorang usahawan yang berjaya di Johor Bahru termasuk cara penanaman, penjagaan dan membuat baja.

“Memandangkan saya mempunyai pengetahuan dalam pertanian, lebih memudahkan memahami projek penanaman golden melon,” katanya.

Ujarnya, bagi mereka yang tiada asas, biasanya akan ditawarkan untuk sama-sama menanam 500 pokok golden me­lon di kebun usahawan tersebut sehingga mengeluarkan hasil.

“Dengan modal RM20,000 hasil wang simpanan, saya memulakan projek menanam golden melon pada 2024 de­ngan membina rumah hijau dan pemasangan sistem pengairan.

“Sistem yang saya gunakan ini adalah hidroponik DFT de­ngan kerja penanaman dimulakan pada awal tahun ini dengan sebanyak 500 pokok golden melon ditanam,” ujarnya
.
Katanya, harga golden melon dijual mengikut saiz iaitu saiz A (RM12), saiz B (RM10) dan premium (RM14) yang dipasarkan melalui Facebook, TikTok dan sebagainya.

“Sambutan pembeli adalah baik dengan penghantaran dibuat ke Benut, Pekan Nenas, Kukup selain mereka yang datang terus ke ladang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN