fbpx
GAMBAR fail seorang anggota polis berkawal di Moscow. - Foto AFP

Polis tolak rasuah terima ganjaran menyamai nilai suapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MOSCOW – Direktorat Utama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di wilayah Rostov, selatan Russia mencuba satu inisiatif luar biasa untuk meningkatkan integriti polis, lapor portal berita Oddity Central.

Menurut dasar baharu itu, anggota polis akan menerima ganjaran tunai menyamai nilai suapan yang ditawarkan jika mereka menolak rasuah dan menangkap pelakunya.

Kes jenayah juga akan dibuka terhadap orang awam ataupun entiti yang menawarkan rasuah di bawah Perkara 291 Kanun Jenayah Persekutuan Russia. 

Ia bertujuan menghalang orang ramai daripada merasuah anggota polis.

“Baru-baru ini, kami memperkenalkan amalan memulangkan kepada anggota-anggota polis wang yang ditawarkan oleh pemberi rasuah,” kata Ketua Direktorat Utama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Bagi Rostov, Alexander Rechitsky. 

“Saya tegaskan, setiap ganjaran yang akan diberikan kepada anggota polis ini adalah dalam jumlah suapan yang ditawarkan oleh pemberi rasuah,” tambahnya.

Seorang inspektor polis trafik, Tural Safarov baru-baru ini menerima 30,000 rubel (RM1,622) kerana menolak rasuah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI