PETALING JAYA – Ibu bapa Zayn Rayyan tiba di Mahkamah Sesyen, di sini, bagi keputusan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kedua-duanya berusia 30 tahun itu dilihat tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 8 pagi menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang dipandu sendiri.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen di sini menetapkan hari ini bagi keputusan ibu dan bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dua tahun lalu.
Keputusan sama ada Zaim Ikhwan dan Ismanira dilepas atau dipanggil membela diri diakhir kes pendakwaan akan ditentukan Hakim Dr. Syahliza Warnoh yang telah selesai mendengar keterangan 28 saksi sepanjang 20 hari prosiding berlangsung. -KOSMO! ONLINE