fbpx

Ketenangan bantu Pearly-Thinaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY dan Thinaah mengakhiri badi kekalahan apabila membenam pasangan Jepun itu di hadapan penyokong mereka sendiri.

BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah akhirnya menamatkan penantian panjang apabila berjaya menewaskan gandingan pilihan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida untuk melangkah ke final Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025.

Lebih bermakna, kejayaan itu hadir selepas tujuh kekalahan berturut-turut ke atas pasangan No. 2 dunia itu sejak kali terakhir menewaskan mereka di Terbuka Perancis 2022.

Kemenangan tersebut berjaya melonjak semangat beregu No. 3 dunia itu menjelang pertembungan final dengan beregu satu lagi seteru utama mereka dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning hari ini.

“Kami tidak fikir soal mata langsung, hanya fokus satu demi satu dan terus beri sokongan antara satu sama lain, itu yang jadi kunci utama hari ini,” kata Thinaah sejurus tamat perlawanan.

Pearly pula menyifatkan persefahaman dan kesabaran di dalam gelanggan menjadi senjata paling berkesan ketika berdepan gandingan berpengalaman Jepun tersebut.

“Kami lebih bersabar, lebih percaya kepada corak permainan sendiri dan tidak terburu-buru. Itu banyak membantu kami pada perlawanan hari ini,” jelasnya.

Kemenangan tersebut turut menceriakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas melanjutkan kontrak beregu wanita negara itu selepas enam bulan beraksi tanpa kontrak rasmi.

Final kali ini adalah yang keempat buat Pearly-Thinaah musim ini, namun kemenangan di bumi Jepun dianggap paling istimewa kerana menundukkan lawan yang sebelum ini sering menggagalkan kemaraan mereka.

Sementara itu, satu lagi wakil negara dalam aksi separuh akhir, beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menempatkan diri ke pentas final selepas tewas kepada juara bertahan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.

Tang Jie-Ee Wei tunduk 12-21, 16-21 dalam perlawanan yang menyaksikan Ee Wei mengalami kecederaan ringan selepas berlaga raket ketika set kedua berlangsung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI