fbpx
MUHAMMAD SYAHMI menunjukkan gambar Tengku Nizaruddin ketika ditemui di lokasi penemuan Perodua Axia terjunam ke dalam Sungai Tui, Lenga, Bukit Kepong, Muar baru-baru ini.

Kecewa…siang malam beria cari, ‘last-last’ kena tipu’ – Rakan Ija

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Rakan kepada pempengaruh permotoran yang dilaporkan ‘hilang’ melahirkan rasa kecewa dengan tindakan kurang cerdik Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38.

Muhammad Syahmi Mansur, 30, berkata, dia mendapat tahu rakannya dan adik lelaki itu mereka-reka cerita hilang, sebaliknya bersubahat melarikan diri ke negara jiran.

Berita kejadian sebenar diterima Muhammad Syahmi beberapa jam selepas polis mengeluarkan kenyataan adik lelaki pempengaruh itu membuat laporan palsu berhubung kehilangan tersebut di Sungai Tui, Bukit Kepong, di sini Isnin lalu.

Menurut Muhammad Syahmi, sebaik mengetahui perkara itu, dia dan rakan-rakan kecewa kerana usaha yang dilakukan dengan seikhlas hati dibalas dengan tindakan yang tidak pernah dijangka sama sekali.

“Mana saya nak letak muka? Semua dah kenal saya, nak pergi kerja pun takut. Saya bantu dengan ikhlas sampai ambil cuti semata-mata nak pergi mencarinya di sana (Muar).

“Semua rakan yang bantu mencarinya rasa kecewa. Tak sangka dia buat macam ini kepada kami dan saya pun tidak tahu apa motif dia.

“Orang dah kenal saya kerana berenang di sungai itu. Saya malu nak keluar rumah, sampai tahap ini sekali saya dipermainkan,”katanya ketika dihubungi di sini.

Muhammad Syahmi berkata, dia dan ahli keluarga sepatutnya berjumpa pengamal perubatan di Segamat sebagai ikhtiar terakhir bagi mengesan pempengaruh itu selepas operasi mencari tiada sebarang petunjuk.

“Kami sepatutnya nak ke kawasan kejadian nak cuba cari mana tahu terjumpa atau apa-apalah. Tapi, bila dapat tahu perkara ini, mana saya nak letak muka dengan keluarga saya.

“Lagipun, keluarga saya ada buat solat hajat dengan harapan dia ditemui segera, rupa-rupanya ada sesuatu yang kami langsung tak jangka berlaku.

“Kalau dia ada masalah sekalipun, biarlah kita bantu, kata ramai kawan. Mungkin kita boleh duduk semeja berbincang bukan dengan cara macam ini,” katanya.

Jelasnya, adik lelaki pempengaruh itu yang disyaki bersubahat tidak memaklumkan kejadian sebenar sepanjang operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan.

“Kami datang dari serata tempat lebih 20 orang, tapi adik dia tak bagi apa-apa hint (petunjuk). Ini yang membuatkan kami marah dan kecewa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI