fbpx
Aishdayan Rayqal (gambar kecil) antara dua kanak-kanak ditemukan lemas dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di Shah Alam, semalam.

[VIDEO] Budak mangsa lemas sedang kumpul duit untuk beli basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Arwah lebih manja daripada kebiasaannya,” demikian kata Zuraini Mohamad Nizan, 40, menjelaskan perubahan sikap anak saudaranya, Allahyarham Aishdayan Rayqal Arijanto, 9, yang ditemukan lemas selepas terjatuh dalam parit di Jalan Cili Merah Seksyen 24 di sini, kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, turut ditemukan lemas adalah rakan sekolahnya, Che Syazwan Irwan Shah, 12.

Menurut Zuraini, antara perubahan sikap ditunjukkan anak saudaranya itu termasuklah meminta ibunya, Samirah Mohamad Nizan, 35, membetulkan butang baju sekolah dalam tempoh dua minggu ini.

Katanya, arwah Aishdayan dikatakan lebih mengunjungi masjid berhampiran bagi menunaikan solat berjemaah.

“Berdasarkan apa yang dikatakan kakak (ibu mangsa, Samirah, 35,) dalam dua minggu arwah sering meminta izin untuk ke masjid berhampiran dan bersalaman dengan semua jemaah selepas habis solat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Jelasnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik tersebut pada Ahad lalu sewaktu pulang ke kampung di Kuala Kangsar, Perak.

“Allahyarham seorang yang periang, ringan tulang dan peramah dan mudah bersembang dengan orang lebih tua daripadanya.

“Arwah juga dikatakan sedang mengumpul wang bagi membeli basikal,” ujarnya.

Bercerita lanjut, Zuraini mengetahui tragedi menimpa anak saudaranya itu kira-kira pukul 7 petang dan segera ke lokasi kejadian tersebut.

Ujarnya, dia difahamkan arwah terus keluar ke lokasi kejadian selepas pulang dari Sekolah Rendah Kebangsaan Seksyen 24 di sini.

“Memang sedih sebab baharu Ahad lepas berjumpa dengannya. Kami reda dengan ujian ini,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Cili Merah, Seksyen 24 di sini, petang semalam.

Insiden itu turut tular menerusi video berdurasi 28 saat memaparkan seorang wanita dipercayai ibu kepada salah seorang mangsa menangis setelah mengecam anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI