fbpx

Van sekolah terbalik: 6 murid masih dirawat di HSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZNAN (kanan) melawat salah seorang murid yang terlibat dalam kemalangan van bas sekolah terbalik di Hospital Sultanah Amanah, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Enam daripada 10 murid yang cedera dalam kemalangan membaitkan van sekolah terbalik apabila melanggar lubang utiliti di Jalan Abdul Samad di sini semalam masih dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, empat mangsa yang lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang semalam.

Katanya, kesemua 10 mangsa terbabit merupakan murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Yahya Awal.

“Enam murid yang masih berada di HSA itu sedang menerima rawatan susulan, kesemua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan berada di bawah pemantauan rapi pihak perubatan.

“Sementara itu, enam mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mohd Khalid dan SMK Aminuddin Baki selamat dan tidak serius,” katanya.

Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah van sekolah terbalik setelah melanggar lubang utiliti dan mengakibatkan 16 mangsa cedera termasuk ada murid patah tangan serta patah jari.

Dalam pada itu, Aznan berkata, siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihak berkuasa untuk mengenal pasti punca kejadian dan sebarang unsur kecuaian atau kegagalan teknikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI