fbpx

10 perkara anda perlu tahu mengenai laporan awal nahas bas di Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas membawa pelajar UPSI yang terlibat kemalangan di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat dekat Tasik Banding, Gerik pada Jun lalu.

Laporan awal oleh Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berhubung kemalangan maut yang melibatkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Gerik–Jeli), Perak pada 9 Jun lalu didedahkan Kementerian Pengangkutan hari ini.

Laporan berkenaan telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan didedahkan kepada umum, atas prinsip ketelusan serta demi kepentingan orang ramai.

Berikut antara 10 perkara yang perlu diketahui mengenai laporan setebal 179 muka surat itu.

1. Bas persiaran yang terlibat didapati dipandu dengan kelajuan purata bas semasa kejadian dianggarkan 117.6 kilometer per jam (km/j).

2. Corak pemanduan agresif, serta kemungkinan keletihan membentuk satu corak kegagalan dalam tadbir urus keselamatan pengendalian kenderaan awam.

3. Ketiadaan sistem pemantauan kelajuan secara aktif seperti GPS atau SLD.

4. Kelemahan struktur atas (superstructure) bas dan ketiadaan sistem kekangan penumpang seperti tali pinggang keledar.

5. Pemeriksaan awal tidak menemui bukti teknikal yang jelas menyokong dakwaan pemandu bas bahawa kegagalan sistem brek menjadi punca nahas.

6. Pemandu utama dikesan memiliki 18 saman trafik termasuk 13 yang belum dijelaskan, manakala pemandu kedua pula mempunyai sejumlah 22 saman aktif melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan kesalahan lain.

7. Penghadang jalan jenis W-beam tidak penuhi keperluan keselamatan semasa.

8. Ketiadaan pembahagi fizikal, garisan tengah yang jelas serta papan tanda amaran yang mencukupi telah mengurangkan keupayaan pemandu untuk menjangka risiko dengan lebih awal.

9. Bas yang melalui laluan menurun gagal dikawal sewaktu mengambil selekoh, menyebabkan kenderaan itu hilang imbangan dan terbalik ke arah kiri jalan.

10. Sebanyak empat syor utama telah dikemukakan kepada kerajaan oleh Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan bagi mengelakkan kejadian berulang adalah aspek infrastruktur jalan, kepatuhan operasi dan perlesenan, teknologi dan pemantauan, serta tadbir urus dan strategik. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI