fbpx
Keadaan mayat mangsa yang dijumpai sudah reput di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu, Tumpat semalam. Foto IHSAN POLIS

Ibu tergamam jumpa mayat anak mereput dalam bilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang ibu tergamam melihat keadaan mayat anaknya yang sudah reput di dalam bilik berkunci di sebuah rumah di Kampung Dalam Rhu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 35 tahun itu kira-kira pukul 6.27 petang.

Katanya, mangsa yang merupakan seorang penganggur dijumpai oleh ibunya di dalam sebuah bilik yang berkunci dari dalam.

“Pihak polis hadir ke rumah tersebut dan pegawai perubatan Hospital Tumpat mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tumpat dan punca kematian tidak dapat ditentukan selepas bedah siasat dijalankan berikutan keadaan mayat yang telah mereput,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan buat masa ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN