JAKARTA – Seorang guru sekolah pondok di Demak, wilayah Jawa Tengah terpaksa membayar pampasan sebanyak 25 juta rupiah (RM6,500) kerana menampar seorang pelajar, lapor portal berita Detik semalam.
Rakaman video di platform Instagram oleh akaun @infokejadiandemak menunjukkan warga emas itu menandatangani surat perjanjian di hadapan ibu bapa pelajar terbabit.
Selain menandatangani surat, dia juga diminta membayar pampasan berjumlah puluhan juta rupiah.
Tidak dinyatakan kesalahan yang dibuat sehingga menyebabkan pelajar itu ditampar, namun seorang penduduk tempatan dikenali sebagai K berkata, isu itu boleh diselesaikan secara aman tanpa melibatkan wang.
Sebilangan pengguna media sosial turut mengecam tindakan ibu bapa tersebut kerana terlalu ‘memanjakan’ anak.
“Jangan harap anak anda akan menjadi anak yang soleh kalau kesalahannya anda bela,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI