fbpx

‘Ramai orang berebut nakkan kami di seluruh dunia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN pelawak Jepun, Wannabes kini berada di Malaysia sempena Japan Expo Malaysia 2025, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

KUALA LUMPUR – Bermula dengan impian membeli bola keranjang, kumpulan pelawak Jepun, Wannabes, tidak menyangka minat tersebut menjadi pembuka rezeki hingga mereka kini dikenali di seluruh dunia, khususnya selepas menyertai program realiti Britain’s Got Talent pada April lalu.

Menurut ahlinya, Gon, kumpulan tersebut ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu bersama Chiro, manakala Guri menyertai mereka enam tahun kemudian selepas menonton persembahan mereka di televisyen

“Dahulu kami sangat miskin dan teringin nak beli bola keranjang tapi tidak mampu.

“Apa yang boleh buat adalah kami berpura-pura menjadi seperti bola keranjang. Bermula dari situ kami dapat idea nak tubuhkan kumpulan sebagai pelawak.

“Kami berdua mulakan dahulu, kemudian Guri nampak kami dalam televisyen dan datang ke Tokyo untuk sertai kami,” katanya kepada Kosmo! Online, hari ini.

Kongsinya lagi, genre lawak fizikal yang diketengahkan mereka sememangnya tidak popular pada awal penubuhan kira-kira 20 tahun lalu tetapi mereka tetap bersemangat memperjuangkan minat mereka sehingga Berjaya menempatkan diri dalam Britain’s Got Talent.

“Tidak ada komedi fizikal seperti kami di Jepun, kami boleh katakan kami orang pertama yang memulakannya. Tiada siapa dapat meniru apa kami buat.

“Sebelum ini kami juga selalu ke Tokyo Tower untuk mengadakan 14 persembahan selama 20 minit setiap hari di sana yang ada pengunjung dari luar negara.

“Kini, ramai orang berebut nakkan kami dari seluruh dunia. Peminat dari Amerika Syarikat, Filipina, Itali, dan Sepanyol mahu kami adakan persembahan di sana,” ujarnya lagi.

Tambah Gon lagi, populariti kumpulan Wannabes melonjak naik selepas mereka membuka saluran YouTube, Bicsmalln Channel, yang kini memiliki lebih 3.5 juta pengikut.

“Ketika Covid-19, mereka mula membuka saluran YouTube kerana tiada tawaran kerja dan tempat untuk buat persembahan.

“Apabila memuat naik video dalam YouTube, orang dari seluruh dunia dapat menonton persembahan dan juga lebih mengenali kumpulan kami,” ujarnya pada pelancaran Ekspo Jepun Malaysia 2025.

Wannabes kini berada di Malaysia untuk membuat persembahan sempena Japan Expo Malaysia 2025, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Dewan 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Acara itu turut menampilkan ramai artis popular dari Jepun seperti Manaka Inaba, Leon Niihama, Enishi, Rina-Hime, Jei, Nico, serta artis tempatan termasuk Kyoto Protocol, KLP48 dan DJ Blink. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI