fbpx

Karier Tsunoda di Red Bull berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TSUNODA akan meninggalkan Red Bull selepas tamat musim ini selepas prestasinya gagal meyakinkan pasukan itu. - AFP

LONDON – Perjalanan karier pemandu Jepun, Yuki Tsunoda bersama Red Bull Racing bakal berakhir sebaik sahaja musim Formula Satu (F1) 2025 melabuhkan tirai di Abu Dhabi hujung tahun ini.

Meskipun tiada kenyataan rasmi, khabar angin menyatakan keputusan mengejut itu sudah dimuktamadkan susulan prestasi mengecewakan Tsunoda sejak dinaikkan ke pasukan utama bagi menggantikan Liam Lawson selepas dua perlumbaan musim bermula.

Daripada 10 Grand Prix yang dilaluinya, Tsunoda hanya mampu meraih satu keputusan tempat kesembilan dan dua kali di kedudukan ke-10.

Red Bull sebelum ini berharap Tsunoda mampu menjadi pelengkap buat Max Verstappen, namun realitinya jauh tersasar apabila pelumba muda itu gagal memberi sebarang cabaran konsisten kepada pesaing utama.

Keputusan hambar tersebut menyebabkan Red Bull mencari peluang lain terutama membawa pemandu berpotensi mencabar podium.

Ketiadaan Tsunoda membuka semula teka-teki besar dalam kancah F1 mengenai calon yang akan mengisi tempat kosong sebagai gandingan Verstappen musim depan.

Jika Verstappen kekal, dua nama disebut-sebut sebagai calon utama iaitu Isack Hadjar dan Arvid Lindblad, masing-masing pelumba muda yang sedang meningkat naik dalam program pembangunan Red Bull.

Hadjar, pelumba muda Perancis yang menunjukkan prestasi memberangsangkan bersama Racing Bulls, dilihat pilihan selamat tetapi masih belum cukup meyakinkan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Lindblad yang berusia 17 tahun dari Britain, digambarkan sebagai ‘Verstappen baharu’ dan tidak mustahil diberi peluang lebih awal apatah lagi Helmut Marko terkenal dengan keputusan berani menaikkan Verstappen ketika berumur 18 tahun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI