fbpx

Ambil peduli isu buli, kenakan tindakan tegas – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa semua pihak mengambil peduli isu buli dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurut beliau, semua pihak wajib berusaha menanganinya secara holistik serta mengambil tindakan yang tegas terhadap pembuli.

“Sedih pagi-pagi baca berita mangsa buli (meninggal dunia) di sebuah sekolah di Sabah. Kena ambil tindakan tegas terhadap pembuli.

“Semua pihak wajib ambil peduli isu buli dan tangani secara holistik,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Papar yang dipercayai menjadi mangsa buli dilaporkan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sekolah tersebut, Rabu lalu.

Pelajar berkenaan disahkan meninggal dunia pada malam Khamis ketika sedang menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI