fbpx

160 UMNO bahagian desak Anwar laksana Titah Adendum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shafei bercakap pada sidang akhbar selepas Perjumpaan Khas Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengenai isu Titah Adendum Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, di Hotel Royal Chulan, malam ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Sebanyak 160 bahagian UMNO seluruh negara mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar segera melaksanakan Titah Adendum yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan di rumah.

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Mohd. Shafei Abdullah berkata, kerajaan tidak lagi mempunyai alasan munasabah untuk terus melengahkan pelaksanaan titah berkenaan yang disifatkan sebagai jelas dan muktamad.

Katanya, kegagalan kerajaan melaksanakan titah itu dilihat bercanggah dengan prinsip Raja Berperlembagaan yang dijunjung oleh rakyat Malaysia.

“Tindakan menyorok ini jelas melanggar prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam pentadbiran undang-undang negara,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua UMNO Bahagian di ibu negara, malam ini.

Dalam pada itu, Mohd. Shafei turut mencadangkan supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh yang didakwa menyembunyikan fakta dan dokumen berkaitan titah berkenaan.

“Sebagai penasihat undang-undang tertinggi kerajaan, Peguam Negara seharusnya menjunjung titah Raja dan mendokong keadilan, bukan menghalangnya.

“Bagaimanapun, melaksanakan Titah Adendum lebih penting daripada penubuhan RCI,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI