fbpx

AmBank tawar ganjaran jongkong emas kepada 50 pemenang bertuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bersempena sambutan jubli emas,  Kumpulan AmBank bakal
memberi ganjaran kepada 50 pemenang bertuah yang akan menerima
sehingga 50g 999.9 jongkong emas edisi terhad, yang ditempah khas untuk
memperingati peristiwa bersejarah ini.

Kempen ini adalah sebahagian daripada perayaan setahun Kumpulan untuk menghayati warisan dan hubungan sekian lama bersama rakyat Malaysia sejak 1975.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit, AmBank, Cheong Chee Wai berkata, inisiatif ini adalah cara bank untuk mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kerana mereka telah meletakkan kepercayaan  kepada kami sejak 50 tahun lalu.

Menurut beliau, ini adalah simbol penghargaan atas kesetiaan, perkongsian dan keyakinan berterusan mereka terhadap produk dan perkhidmatan  selama ini.

“Kami berharap dapat menyampaikan penyelesaian perbankan yang inovatif yang akan terus memperkasakan rakyat  untuk dekad-dekad akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kempen ulang tahun ke-50 itu menawarkan pelanggan peluang untuk
memenangi jongkong emas 999.9 edisi terhad dan bahagian hadiah bernilai
RM3 juta.

Bermula dari 1 Julai hingga 30 September 2025, pelanggan boleh
memperoleh penyertaan dengan memohon produk terpilih, menyimpan,
melabur, berbelanja atau merujuk rakan kepada AmBank.

Pelanggan juga boleh meningkatkan peluang mereka untuk menang dengan melakukan lebih banyak transaksi melalui AmOnline, kad kredit atau kad debit AmBank. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI