fbpx

Nico dedah punca sebenar tolak Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NICO kini menjadi pemain yang dibenci Barcelona selepas membuat keputusan mengejut untuk kekal di Athletic. - AFP

BILBAO – Bintang muda Athletic Club, Nico Williams akhirnya tampil buat kali pertama mendedahkan keputusannya memilih untuk kekal bersama kelab itu meskipun sudah hampir menyertai gergasi La Liga, Barcelona.

Barcelona dikatakan sanggup melunaskan klausa pelepasan bernilai €58 juta (RM286.10 juta), namun pemain sayap Sepanyol berusia 21 tahun itu membuat tindakan mengejut apabila memperbaharui kontraknya bersama Athletic hingga 2035.

Apa yang lebih mengejutkan adalah Barcelona hanya mengetahui perkara itu menerusi pengumuman Athletic dalam laman sosial kelab berkenaan.

“Saya mahu terus cipta sejarah bersama kelab ini. Kami akan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah, sesuatu yang semua impikan. Tiada yang lebih baik selain melakukannya di San Mames di depan penyokong dan keluarga sendiri,” kata Nico.

Pemenang Euro 2024 itu turut menjadi buruan kelab elit Eropah termasuk Bayern Munich, Arsenal dan Chelsea tetapi semuanya terpaksa akur dengan keputusan Nico yang memilih kesetiaan berbanding beraksi di kelab gergasi.

Lebih manis, Nico bakal terus bergandingan dengan abangnya, Inaki Williams yang akan menyandang lilitan kapten untuk musim ini.

“Kami memang impikan saat ini sejak kecil. Abang saya adalah inspirasi kepada semua. Dia layak jadi kapten dan saya tak sabar nak tengok dia pimpin pasukan lebih lama,” ujar Nico.

Dalam masa sama, Pengarah Sukan Athletic, Mikel Gonzalez menyifatkan keputusan Nico sebagai hadiah besar kepada kelab.

“Dia pemain luar biasa dan mengekalkan bakat sepertinya di Bilbao satu berita yang luar biasa. Keluarga amat penting dalam budaya kelab kami.

“Melihat Inaki memimpin dan Nico berkembang bersama pasukan adalah sesuatu yang kami banggakan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI