PETALING JAYA – Sebahagian besar daripada 23 juta pengguna berdaftar di negara ini mula mengubah cara hidup selepas kerajaan mengumumkan penstrukturan semula tarif elektrik bermula pada 1 Julai lalu. Rata-rata yang ditemui mengakui mereka mula menyusun semula jadual penggunaan peralatan elektrik seperti mesin basuh, pendingin hawa, penapis air dan udara, seterika dan pengecas telefon bimbit. Salah satu intipati penstrukturan semula tarif elektrik tersebut adalah Skim Masa Penggunaan (ToU). Skim itu memberi fleksibiliti kepada pelanggan atau pengguna untuk mengubah corak penggunaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

