fbpx

eHATI: Polis sahkan ada kegiatan tanpa pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein ketika sidang akhbar hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Polis mengesahkan berlaku adegan bogel dalam penganjuran motivasi rumah tangga di sebuah pusat konvensyen di Seksyen 15 di sini, pada September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia melibatkan empat individu yang merupakan fasilator bagi program tersebut.

Katanya, adegan tidak bermoral itu adalah sebahagian daripada acara kemuncak pada malam terakhir program itu.

“Hasil siasatan mendapati memang ada kegiatan bogel yang berlaku pada majlis tersebut.

“Paling kurang empat individu yang melakukan adegan itu. Ia adalah acara dipanggil Queen’s Night,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau memberitahu, kegiatan berbogel itu merupakan antara dua pakej disediakan pihak penganjur kepada peserta tersebut.

“Ada dua pakej iaitu pakej A dengan harga RM6,000 manakala pakej B bernilai RM9,000.

“Queen’s Night itu adalah extra bagi pakej B untuk program selama empat hari tiga malam,” jelasnya.

Jelasnya, Queen Night itu dianggap penganjur sebagai kelahiran semula dalam menaikkan semula motivasi para peserta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI