fbpx

Newcastle sedia pecah rekod pembelian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EKITIKE (kanan) sebelum ini turut dikaitkan dengan beberapa kelab besar seperti Liverpool dan Manchester United. - AFP

NEWCASTLE – Newcastle United sedia memecahkan rekod perpindahan termahal kelab dengan menyasarkan pembelian penyerang Eintracht Frankfurt, Hugo Ekitike.

Penyerang berusia 23 tahun itu telah meledak 15 gol selain turut mencipta lapan bantuan jaringan selepas membantu Frankfurt meraih tempat ketiga Bundesliga musim lalu.

Berdasarkan laporan di England, Newcastle dikatakan sanggup ‘memecahkan tabung’ dengan menawarkan bidaan tinggi berjumlah £70 juta (RM400.13 juta) untuk mengikat pemain berasal dari Reims, Perancis itu.

Jika berjaya, ia bakal memecahkan rekod perpindahan termahal Newcastle ketika membeli Alexander Isak, 25, daripada Real Sociedad dengan harga £63 juta (RM360.12 juta) pada 2022.

Pembelian Isak ternyata amat berbaloi sehinggakan bintang Sweden itu kini menjadi salah seorang penyerang idaman di Eropah dengan Liverpool antara kelab berminat mendapatkan servisnya.

Justeru, pembelian Ekitike boleh dilihat sebagai pengganti sekiranya Isak berhijrah atau sebaliknya memberikan nilai tambah buat jentera serangan The Magpies yang akan bersaing di Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Sebagai rekod, Ekitike menyertai Frankfurt secara tetap musim panas lalu selepas semusim beraksi sebagai pinjaman daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Ini bermakna skuad bimbingan Eddie Howe itu bakal melengkapkan perpindahan kedua selepas terdahulu membeli Anthony Elanga daripada Nottingham Forest dengan harga £55 juta (RM314.39 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI